Percakapan Bahasa Malaysia

August 31, 2006

Selamat Pagi Malaysia!

Hari ini merupakan suatu hari yang hampir, yang nyaris-nyaris bersejarah, tetapi tidak bersejarah. Bukan maksud patik yang hari ini bukan hari yang penting, tetapi hari ini bukanlah hari bersejarah. Mengapa patik berkata demikian?

Ini adalah kerana hari ini adalah hari kemerdekaan Malaysia yang ke-49, Tuanku. Sudah 49 tahun negara berdaulat ini bebas dari belenggu penjajah, tetapi penjajahan itu meninggalkan kesan yang amat mendalam. Salah satu daripadanya adalah suatu bangsa Malaysia, yang belum lagi dapat membebaskan dirinya daripada kesan-kesan ini.

Rakyat-rakyat kita semuanya mempunyai suatu negara, tetapi kita masih terpisah kerana mengikut ethik kita sendiri. Sebagai rakyat dan anak Malaysia, bukankah hari ini merupakan suatu hari di mana kita patut bersatu dan menerima perbezaan antara kita (mengikut bangsa dan agama sendiri) daripada cuba menegaskan suatu bangsa lebih baik daripada yang satu lagi?

Selamat Harijadi, Malaysia.

Advertisements

6 Responses to “Percakapan Bahasa Malaysia”

  1. Edmund said

    Hmm, you’re speaking as though u’re patriotic, unless you aren’t serious.

  2. Saya berharap kalian tidak kisah saya menjawab dalam bahasa Malaysia (kerana hari ini ada cabaran untuk bercakap dalam bahasa Malaysia).

    Saya memang mencintakan negara saya dan bersedia berkhidmat untuknya. Percakapan saya di atas bukan bermaksud saya menyindir, tetapi harapan saya.

    Lagipun, hari ini adalah hari Kemerdekaan kita yang ke-49. Saya percaya sambutannya akan menjadi meriah pada tahun depan, iaitu tahun kita meraikan harijadi Malaysia ke-50.

    Saya berharap kata-kata tidak menyinggung kalian.

  3. Edmund said

    Harapan sedemikian seperti apa yang terlantas dalam fikiran anda untuk menggunakan perkataan “patik”? Harapan? Atau…

  4. *Ketawa*

    Maaf… terlalu asyik menggunakan bahasa Istana.

  5. *TERSENYUM LEBAR*

    Kamu ni hanya ingin menunjukkan kehebatan anda dalam Bahasa Malaysia ke? Gaya betul, lah, kamu ni! Asyik guna bahasa Istana ni untuk apa? Kamu ni mimpi nak jumpa dengan DYMM, ke? Ataupun sedang mimpi akan seorang putera tampan and gagah menunggang kuda putih datang melamar kamu? 😀

    Apa sajalah!

    Hari ni, saya tak begitu rasa nak menyambut Hari Merdeka ni. Dah cukup ku meluahkan perasaanku dalam blog saya. Keadaan politik negara kita kian genting. Keadaan ni dah cukup memualkan. Harap-haraplah semua akan menjadi lebih aman and harmoni dalam masa yang akan datang…kalau tidak, takut bayangkan apa yang akan terjadi ketika pilihanraya umum nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: